Thursday, December 30, 2010

Diplomasi ke ???

Nampak gayanya, ada pihak berhati-hati apabila ber cakap tentang Syiah, takut IRAN melenting ke apa ? Masa kini semua orang mempunyai pendapat masing- masing. Maka apabila kita mengeluarkan pendapat, yang pada umumnya berkait dengan ILMU, Pengalaman dan emosi, tambah pula dengan logik akal, maka terjadilah apa yang di katakan 'Pertembungan MINDA', maka terjadilah satu letupan ... BOOM.
.
Saya yang betul, kamu salah dan seterusnya. Yang kuat, mungkin suara, kalau kuat lagi dengan tangan, kalau lagi kuat dengan senjata, maka akhirnya ada yang akan cedera minda, fisikalnya atau juga mungkin hilang nyawanya. Jadi sekiranya kita tidak berhati-hati, ada yang akan sengsara, kalau didunia, itu satu hal, yang dikuatiri apabila diakhirat nanti. Tapi sebelum itu, ada zaman kubur. Masa jumpa dengan Mungkar dan Nangkir, kalau salah amalnya, siaplah kena belasah.
.
Seterusnya kita cerita Bab Mati ... ok, Hijrah dah berlalu berberapa hari, lusa insyaallah, kalau tak qiamat, kita akan menjumpai tahun Masehi 2011, dan yang pasti mengikut dalil :-


"tahun yang mendatang akan lebih buruk dari tahun sebelumnya".


Bersedialah kita ...

Wednesday, December 22, 2010

Syiah to sesat ke tak ?

Hari tu tangkap "Islam Jamaah", baru baru ni "Syiah" pula. Kerja keras betul JAIS, kalau ada bonus tambahan boleh kira banyaklah pegawai ni dapat.

Tapi, dalam 'statement' Pak Menteri yang bertanggung jawab tentang agama, beliau nampaknya berhati-hati dalam menegaskan perkara tersebut. Kalau sesat, katakan sesat, jangan pusing kanan pusing kiri, takut ada pula penganut syiah yang marah.

Islam agama yang HAQ, janganlah main-main pula. Allah berfirman yang ber maksud,

"Agama disisi Allah ialah Islam"

Syiah tu apa????

Wednesday, December 15, 2010

Jaringan IMAN

bersambung ...

dari tulisan terdahulu tentang TTS, adalah dicadangkan bahawa satu Jaringan IMAN digerakkan atau lebih global kita panggil IMAN Network. Asas nya mestilah bersumberkan Al Quran dan Al Hadith. Kita pastikan "Benchmark" serta "checklist" supaya kedangkalan dan kejahilan tidak melebihi hukum.

Contoh-contoh mudah dan umum :-

1. Yang bersih tak semestinya suci.
2. Yang baik tak semestinya masuk syurga.
3. Yang logik tak semestinya betul.
4. Yang sembahyang tak semestinya Solat, sepertimana mengambil air sembahyang belum tentu di kira berwudhu.

Mungkin banyak yang lagi, tapi yang utama Allah SWT telah mengutuskan Rasul bermula dari Nabi Adam AS lagi, sehinggalah kepada kita hari ini yang mana keikhlasan kita beriman bukan untuk menunjuk-nunjuk siapa yang benar atau lebih pandai, ada darjah 6 atau PHd, bertaraf Presiden atau hanya kuli batak, belajar dipondok atau di Al Azhar atau Harvard.

Di alam kubur, Mungkar dan Nangkir akan melakukan tugasnya tanpa boleh di rasuah atau disogok, jangan terlalu yakin kepada perkara yang batal yang mana akhirnya akan merugikan diri sendiri. Masa tu, apa juga alasan dah tak berguna lagi.

Usaha ini akan sentiasa diganggu oleh TTS, maka kita perlu sentiasa berusaha dengan DUIT. Ooops ... bukan RM, $, Euro, Yen, Dinar & dirham, Rupiah atau sebangsanya, tetapi ...

Doa
Usaha
Istiqomah
Tawakkal

Tindakan yang berterusan, insyaallah akan berhasil, DO IT ... NOW


******

Insyaallah, pada yang ingat dan berjaya hari ini 9hb Muharram 1432, kita akan dapat menjalankan ibadah puasa sunat, dan sekiranya mampu esok (10hb Muharram) kita puasa lagi. Ganjarannya : diampunkan dosa setahun yang lalu.






Tuesday, December 7, 2010

Hijrah 1432

Setahun lagi berlalu, tapi tak ramai pun yang ambil kisah kerana sekarang ni tengah sibuk dengan penghujung tahun masehi. Sana sini kita tengok dan dengar tentang persiapan menjelang Xmas dan tahun baru 2011.

Berapa ramai dari kita yang sedar setiap kali tahun baru berlalu, umur kita bertambah, tapi yang lebih utama siapa yang bertanya apa yang telah dilakukan pada tahun yang baru sahaja berlalu, dan umur kita sebenarnya makin pendek untuk menemui Allah yang maha esa.

Nabi SAW berhijrah dengan izin Allah agar Islam berkembang dan apa yang kita warisi pada hari ini adalah usaha mereka yang terdahulu. Tapi malangnya dalam proses perkembangan Islam sejak zaman berzaman kita menghadapi cabaran dan dugaan. Sejak zaman Nabi Adam AS lagi, Iblis berjanji akan merosakkan anak turun Adam. Bayangkan pentingnya kita perlu memahami ilmu agama yang hak ini agar kita dapat berdepan serta menghadapi situasi yang mana bertambah mencabar, lebih lebih lagi dalam zaman moden dan serba canggih ini.

Kita sentiasa berhadapan dengan musuh yang menyerang kita dari depan dan belakang, atas dan bawah, kanan dan kiri, dan sekiranya kita lalai kita akan terjerumus. Musuh-musuh ini adalah mereka yang berada disekeliling kita, yang mana sekiranya kita renung dengan mata hati, kita akan nampak mereka dengan jelas.

Mereka ini lah Tentera-Tentera Syaitan (TTS). Mereka menjalankan tugas-tugas mereka dalam sedar dan tidak sedar. Yang sedar adalah mereka yang dengan jelas inginkan kehancuran Islam satu-satunya agama disisi Allah SWT. Yang tidak sedar adalah mereka yang mengakui diri mereka Islam tetapi tidak mengamalkan Islam sepertimana yang telah diajar oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW, tetapi menganggu gugat orang-orang iman yang berusaha memurnikan agama ini. mereka melakukan semua ini atas banyak sebab musabab, tetapi yang paling nyata adalah kerana kejahilan mereka.

Maka kita perlu sentiasa berhati-hati serta bersedia menghadapai TTS ini. Semoga bermulanya Hijrah tahun 1432 ini kita mengorak langkah agar Warga Darul Haq (sesiapa sahaja yang mahu memastikan Islam yang diamalkan bertepatan dengan ajaran rasulullah SAW) berada dalam HIDAYAH dan keBERKATAN Allah SWT setiap masa berjaya masuk syurga dan terhindar dari adzab api neraka, insyaallah.

bersambung ...