Thursday, December 30, 2010

Diplomasi ke ???

Nampak gayanya, ada pihak berhati-hati apabila ber cakap tentang Syiah, takut IRAN melenting ke apa ? Masa kini semua orang mempunyai pendapat masing- masing. Maka apabila kita mengeluarkan pendapat, yang pada umumnya berkait dengan ILMU, Pengalaman dan emosi, tambah pula dengan logik akal, maka terjadilah apa yang di katakan 'Pertembungan MINDA', maka terjadilah satu letupan ... BOOM.
.
Saya yang betul, kamu salah dan seterusnya. Yang kuat, mungkin suara, kalau kuat lagi dengan tangan, kalau lagi kuat dengan senjata, maka akhirnya ada yang akan cedera minda, fisikalnya atau juga mungkin hilang nyawanya. Jadi sekiranya kita tidak berhati-hati, ada yang akan sengsara, kalau didunia, itu satu hal, yang dikuatiri apabila diakhirat nanti. Tapi sebelum itu, ada zaman kubur. Masa jumpa dengan Mungkar dan Nangkir, kalau salah amalnya, siaplah kena belasah.
.
Seterusnya kita cerita Bab Mati ... ok, Hijrah dah berlalu berberapa hari, lusa insyaallah, kalau tak qiamat, kita akan menjumpai tahun Masehi 2011, dan yang pasti mengikut dalil :-


"tahun yang mendatang akan lebih buruk dari tahun sebelumnya".


Bersedialah kita ...

1 comment:

Orbee said...

Askm, menjelang tahun 2011 ramailah bertukar2 ucapah tahun baru dengan harapan tahun 2011 akan lebih baik dari tahun yg lepas 2010.

Itu hanya harapan dan akal tinggal harapan semua orang. Betul juga siapa yang hendakkan yang lebih buruk? Jadi apabila anda menyatakan tahun yg akan datang lebih buruk dari tahun ini berdasarkan dalil, saya percaya ramai yg tidak bersetuju dengan anda sungguhpun itu bukan pendapat peribadi anda tetapi dari dalil Quran & hadith. Sudah tentu nyata orang sedemikian tidak sempurna imannya. Sanggupkah orang sedemikian bila ditanya malaikat nanti " sudahkah Tuhan mu menghantar utusann kepada mu tentang hari akhirat?" akan menjawab " ada tapi aku tak mahu mendengarnya ".

Secara zahirnya pun kita sudah kan keburukan dan kerosakan berlaku di muka bumi ini, makin teruk setiap hari. Tidak kah anda mahu berfikir?

Melakukan sesuatu tindakan semata2 kerana ada kuasa, maka syaitanlah akan menjadi kawanmu. Orang yang beriman pula sentiasa sedar bahawa segala yg berlaku adalah dengan izin Allah dan mereka sentiasa bersyukur kepada Allah SWT.

Ini adalah satu nasihat dan peringatan yang sangat berguna utk anda selamat di dunia & di akhirat. Pilihan terletak dalam tangan anda dan jangan nanti menyesal pula, satu penyelesaian yg terlambat dan tak berguna.