Tuesday, December 7, 2010

Hijrah 1432

Setahun lagi berlalu, tapi tak ramai pun yang ambil kisah kerana sekarang ni tengah sibuk dengan penghujung tahun masehi. Sana sini kita tengok dan dengar tentang persiapan menjelang Xmas dan tahun baru 2011.

Berapa ramai dari kita yang sedar setiap kali tahun baru berlalu, umur kita bertambah, tapi yang lebih utama siapa yang bertanya apa yang telah dilakukan pada tahun yang baru sahaja berlalu, dan umur kita sebenarnya makin pendek untuk menemui Allah yang maha esa.

Nabi SAW berhijrah dengan izin Allah agar Islam berkembang dan apa yang kita warisi pada hari ini adalah usaha mereka yang terdahulu. Tapi malangnya dalam proses perkembangan Islam sejak zaman berzaman kita menghadapi cabaran dan dugaan. Sejak zaman Nabi Adam AS lagi, Iblis berjanji akan merosakkan anak turun Adam. Bayangkan pentingnya kita perlu memahami ilmu agama yang hak ini agar kita dapat berdepan serta menghadapi situasi yang mana bertambah mencabar, lebih lebih lagi dalam zaman moden dan serba canggih ini.

Kita sentiasa berhadapan dengan musuh yang menyerang kita dari depan dan belakang, atas dan bawah, kanan dan kiri, dan sekiranya kita lalai kita akan terjerumus. Musuh-musuh ini adalah mereka yang berada disekeliling kita, yang mana sekiranya kita renung dengan mata hati, kita akan nampak mereka dengan jelas.

Mereka ini lah Tentera-Tentera Syaitan (TTS). Mereka menjalankan tugas-tugas mereka dalam sedar dan tidak sedar. Yang sedar adalah mereka yang dengan jelas inginkan kehancuran Islam satu-satunya agama disisi Allah SWT. Yang tidak sedar adalah mereka yang mengakui diri mereka Islam tetapi tidak mengamalkan Islam sepertimana yang telah diajar oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW, tetapi menganggu gugat orang-orang iman yang berusaha memurnikan agama ini. mereka melakukan semua ini atas banyak sebab musabab, tetapi yang paling nyata adalah kerana kejahilan mereka.

Maka kita perlu sentiasa berhati-hati serta bersedia menghadapai TTS ini. Semoga bermulanya Hijrah tahun 1432 ini kita mengorak langkah agar Warga Darul Haq (sesiapa sahaja yang mahu memastikan Islam yang diamalkan bertepatan dengan ajaran rasulullah SAW) berada dalam HIDAYAH dan keBERKATAN Allah SWT setiap masa berjaya masuk syurga dan terhindar dari adzab api neraka, insyaallah.

bersambung ...

2 comments:

Unknown said...

Askm, well said. Kalua bolih saya nak tambah sikit.
Kita semua mesti juga ingat bahawa musuh utama ialah syaitan yg telah bersumpah untuk mempengaruhi dengan berbagai2 tipu-helah dalam usaha membawa anak-cucu Nabi Adam AS bersama2 dia ke neraka jahanam. ( betul lah mereka2 tu memang tentera2 syaitan )Kita juga mesti paham bahawa Allah SWT telah pun "endorsed" sumpahan syaitan itu. Tetapi syaitan tidak akan berjaya keatas orang2 yang beriman atas perlindungan Allah SWT. Kita juga mesti paham yg kita manusia banyak kelemahan2 yg dengan mudah bolih dipergunakan olih syaitan. Secara sendirian kita tak mungkin dapat mengalahkan syaitan.

Hanya satu jalan sahaja yg selamat utk kita ke syurga Allah .... yakni Berimanlah kepada Allah SWT .....mudah je............... ikut perentah dan jauhi laranganNYA.... mudahhhhh.

Tapi kita kenalah tahu apa yg diperentah dan apa pula yg dilarangNYA ....

Kuncinya tak lain tak bukan... Ngajilah Ilmu Quran & Hadith. Insya'allh semuga Allah memberi kita pingat tertinggi iaitu HIDAYAH & IMAN.

Orbee said...

Askm kepada semua yg membaca blog ini. Allah SWT telah berfirman yg bermaksud " Janganlah kamu berfirkah2 /berpecah-belah dan berpenganglah kepada tali Allah " Pernahkah anda terfikir tentang yang Islam akan berpecah kpd 73 golongan dan hanya SATU sahaja yg Allah terima, 72 ditolak? Tahukah anda bahawa masing2 pula mengatakan/mengaku golongan dialah yg satu itu? Anda bagaimana? Dalam golongan mana?

Di Malaysia, kadang2 kita terasa seolah2 Islam itu exclusive utk orang Melayu yang dalam golongan Ahli Sunnah Al-Jemaah bermazhab Syafei dan inilah golongan yang satu itu. Yang anehnya, Ahli Sunnah Al-Jemaah ada 4 mazhab dan ada amalan berlainan dari satu mazhab ke yg lain. Kata mereka ini OK kerana itu adalah hanya berlainan pendapat dalam perkara2 "kecil"(furuq). Kita diajar supaya "tukar" mazhab ketika berada di Mekah supaya sentuhan suami/isteri tak batalkan wudu', tak payah baca qunut ketika solat subuh dll. Bukankah ini mengelirukan? Padahal Allah itu Satu, Islam itu agama yg telah Allah sempurnakan, Nabi SAW sebagai utusan Allah, Quran sebagai panduan hidup utk semua?

Di satu seminar yg telah diajurkan olih YADIM dulu ada rumusan telah dibuat utk mentakrifkan bahawa Ahli Sunnah Al-Jemaah itu sebagai "sesiapa sahaja yang mengamalkan ibadah mereka berdasarkan dalil2 dari quran & hadith2". Ini bermakna bukan tertakluk kepada 4 mazhab sahaja tetapi ditambah satu lagi golongan yang "liberal" - tak ada mazhab tertentu. Tetapi pekara ini tidak disebarkan kepada umum. Kenapa sukar nak terima golongan "liberal" ini? Hanya mereka yang berwajib sahaja yang tahu.

Perkara2 asas sedemikianlah yang telah menimbulkan masaalah di kalangan orang2 Islam, di seluruh dunia amnya dan di Malaysia khasnya.

Sesungguhnya syaitan telah berjaya meresap dalam pemikiran mereka2 ini. Patutkah anda ikut mereka? Fikir2kanlah kerana dalam Quran dinyatakan bahawa di akhirat kelak mereka2 dan pengikut2 mereka yang berada dalam neraka akan bergaduh, tuduh menuduh satu sama lain dan mempertikaikan sebab mereka diseksa dalam neraka. Dah terlambat. Allah telah menerangkan dalam Quran perkara ini sebagai peringatan pada yang masih hidup. olih itu tanya diri anda betul2 sebelum terlambat. Tepuk dada tanya selera. Jangan salahkan sesiapa nanti.

Semuga Allah memberi hidayah kepada kita semua.... ameen